Tuesday 8 November 2011

Dugaan Tuhan tu sama hebat dgn nikmat Nya

Assalamualaikum, Semua yang tengok cerita Soffiya mesti tahu ayat di atas kan?
Yeah that's truth. Allah menurunkan dugaan yang besar kpd hambaNya tp Allah juga telah menurunkan nikmat yang terbaik untuk hambaNya. Baru aku sedar, kdg2 aku terlupa akan hal ni. Sebab manusia terlalu lalaikan?

Ya Allah, begitu berat ku turunkan dugaan terhadap aku, tapi yang ini telah menyedarkan aku.
Kini, ku sedar, bersahabat kerana Allah, bukan kerana dirinya. Aku terlalu khilaf selama ni. Aku sepatutnya nasihat dia jika dia buat salah, bukan hanya mendiamkan diri. Aku terlalu menjaga hati dia sampai lupa tnggjwb ku sebagai hamba-Mu. Hati aku juga terluka kerna menjaga hati dia. Sebenarnya aku buat mcm ni sebab Aku terlalu sayangkan dia, Aku takut kehilangan dia. Tapi skrg aku dah tak takut semua tu. Aku salah dalam hal ini. Jika aku tak terlalu jaga hati dia, aku tkde terluka mcm ni.

Alhamdulillah aku bersyukur atas nikmat-Mu Ya Allah, kau telah kurniakan nama Afiqah terhadap aku yang bermakna Pemurah dan Penyayang. Nama ni telah menyebabkan aku tak reti membenci dan berdendam ng org sekarang. Terima kasih Ya Allah.